Zaman Tengah atau Zaman Medieval ini bermula pada kurun ke-5 Masihi atau pada masa yang lebih kurang sama dengan zaman permulaan Islam. Memang Islam tiba pada waktu yang tepat.
Pada posting kali ini, saya ingin membawa saudara pembaca untuk melihat keadaan pada zaman pertengahan Kristian di Eropah yang bersamaan dengan zaman awal Islam di Tanah Arab. Kebanyakkan hukuman atau penyeksaan ini dijatuhkan oleh Gereja pada zaman itu ke atas penduduknya.
Sebagai orang Islam, kita tentu terasa juga sedikit sebanyak apabila orang Eropah dengan hebat mengkritik Islam kononnya kita menekan wanita dan kita tidak memberi kebebasan bersuara dan kita juga agama yang selalu berkata "tidak". Tetapi pada hakikatnya banyak perkaran yang mereka perkatakan itu terkena pada muka mereka sendiri. Mari kita lihat bagaimana pihak gereja menjalankan penyeksaan pada mereka yang didapati salah pada zaman kerosakan mereka dulu:
Pesalah akan diletakkan di atas alat ini dan pemberat diikat pada kaki pesalah. Dengan kaedah ini, Bahagian yang tajam ini akan menusuk di dalam lubung dubur pesalah dan pesalah akan mati dalam beberapa hari.

Ini adalah kerusi yang dipenuhi dengan besi tajam sepanjang kira-kira 3-4 inci paku. Terdapat beribu paku di atas kerusi itu. Pesakit didudukkan di atas kerusi ini dan di apit supaya paku-paku ini menembusi badan, paha dan punggung pesalah. Kaedah ini digunakan di Sepanyol sehingga abad ke 17 (Mungkin dihentikan kerana kemasukkan Islam) dan digunakan di Jerman dan Perancis sehingga abad ke 19.

Ini pula hukuman yang dijalankan dengan menggantung pesalah dengan terbalik dan badannya dipotong bermula dari celah kangkang sehingga terbelah dua. Gergaji seperti dalam gambar digunakan untuk seksaan jenis ini. Kaedah ini digunakan untuk menghukum orang yang membangkang, orang yang tidak setia kepada tentera ataupun ahli sihir (Sebenarnya mereka ini bukan ahli sihir, tetapi mereka ini adalah saintis atau doktor yang boleh mengubat penyakit. Perkara ini tidak dapat diterima oleh Gereja maka mereka ini dijatuhkan hukuman dengan dakwaan mengamalkan sihir)

Ini pula adalah topeng muka untuk orang yang dijatuhkan hukuman sebagai orang yang bodoh atau kotor. Hukuman ini digunakan untuk menghina pesalah. Di bahagian dalamnya terdapat sejenis bola besi yang dimasukkan dalam mulut pesalah supaya pesalah tidak dapat menjerit atau bercakap.
Ini adalah sejenis alat hukuman yang digunakan kebanyakkannya di Romania. Di mana pesalah akan ditusukkan melalui dubur pada kayu tajam ini dan kayu ini akan menembusi sehingga ke perut, dada atau mulut pesalah. Kaedah ini akan memakan masa 3 hari untuk pesalah itu mati. Di katakan hampir 200,000 hingga 300,000 orang dibunuh dengan kaedah ini. Diceritakan pemimpin pada zaman itu, akan menikmati makanan sambil melihat kayu tajam ini menusuk diri pesalah.
Pesalah akan diletakkan dalam kandang seperti ini di tengah tempat panas dan dibiarkan mati kering sambil berdiri.
Ini pula adalah kaedah barbeque manusia. Pesalah akan digari dan diletakkan di atas unggun api dan api ini dibiarkan membakar pesalah secara perlahan-lahan sehingga pesalah itu mati.
Pada zaman orang Eropah membakar manusia hidup-hidup dan menghina perempuan. Islam datang memberikan manusia hak masing-masing dan mengangkat martabat wanita ke tahap yang jauh lebih baik.
0 comments:
Post a Comment