CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tentang Diriku

My Photo
Sheridan Holmes
Bernama Sheridan Bin Saziman. Saya bukanlah orang besar,ataupun orang yang berpangkat tinggi. Saya sekadar manusia biasa yang sederhana. Tapi apa yang saya tulis dan tunjukkan di blog saya ini adalah untuk menunjukkan tentang kebenaran yang sebenar. Kebenaran tentang hidup dan dunia kita sendiri. Apa yang saya buat tidaklah untuk membuatkan anda merasa marah,jijik,geram dan sebagainya. Tapi untuk membuka mata dan minda anda semua tentang apa yang pernah,sedang dan akan terjadi antara hidup dan dunia kita. Blog saya ini tidak tertumpu kepada satu tajuk sahaja. Tetapi merangkumi kesemuanya. Jadi harap anda semua akan tahu dan sedar dengan apa yang saya cuba sampaikan ini.
View my complete profile

Monday 12 March 2012

Alangkah Baiknye Menghargai Daripada Dihargai,,kan?

tak paham apa yang saya maksudkan?cubalah luangkan sedikit masa untuk ini dan cubalah MENGHARGAINYA.. =)

Semasa zaman kanak-kanak,

Menghargai ibu dan ayah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik, memberikan pakaian, makan-minum, tempat tinggal, sekolah, duit belanja, permainan, dan banyak lagi.

Menghargai adik-beradik yang sama-sama di ajak bermain, along, angah, uda, alang, ateh, tam, acik, anjang, busu, yang teman menonton tv, yang teman keluar berjalan.

Menghargai saudara-mara yang ibarat mengganti keluarga di mana-mana sahaja kita berada.

Menghargai cikgu-cikgu yang telah mengajar, yang marah didalam kelas, yang senyum selalu ketika mengajar, yang memberi hadiah bila berjaya, yang menanda buku sekolah, dan macam-macam lagi yang cikgu buat.

Menghargai kawan-kawan sekolah yang baik atau nakal, yang duduk disebelah kiri kanan depan belakang, yang berjalan bersama-sama, yang makan di kantin bersama-sama, yang mengusik, yang belajar, dan banyak lagi kerenah.

Semasa zaman remaja,

Menghargai sahabat-sahabat yang mula bersama-sama mengorak langkah, membuat sesuatu yang baru, yang mengajak ke masjid, yang mengejutkan ketika tidur dalam kuliah, yang menasihati dan menegur, dan segala-galanya yang mereka lakukan.

Menghargai orang sekeliling yang banyak membantu dalam kehidupan seharian, yang memberikan senyuman sedekah, yang menguruskan urusan-urusan penting dan lain-lain lagi.

Semasa zaman dewasa,

Menghargai keluarga sendiri, suami, isteri, anak-anak, yang menjadi penawar suka dan duka, yang menceriakan kehidupan, yang mendorong bersama-sama membina keluarga bahagia, dan semuanya.

Menghargai jiran-jiran yang sedia ketika susah atau senang, walau tidak semuanya peramah dan mesra, yang menziarahi ketika sakit dan lain-lain lagi.

Dari semasa ke semasa hingga ke akhir hayat,

Menghargai cinta yang telah Allah SWT limpahkan,
Menghargai kasih-sayang yang telah Nabi Muhammad SAW curahkan,

Kesimpulan,

Adakah kita telah dan selalu menghargai daripada rasa ingin dihargai? Kenapa kali ini saya mempersoalkan tentang perkataan ”menghargai” ini? Sahabat pembaca, nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.

Orang akan menghargai kita yang telah berbuat baik kepadanya. Orang akan menghargai kita yang telah membantunya. Orang akan menghargai kita yang telah menegurnya. Dan macam-macam lagi contoh apabila kita dihargai.

Namun sejauh manakah kita memanjatkan rasa syukur apabila kita dihargai? Berbeza apabila kita cuba menghargai sesuatu. Orang baik kita hargai. Orang nakal kita hargai. Nakal tidak bermakna kita perlu banggakan sikapnya, tetapi kita menegur dan menasihati dengan sikap berlembut dan bersopan.

Kadang-kadang kita tidak sedar akan orang-orang yang dikurniakan Allah untuk berada dekat dengan kita, tetapi kita menjauhinya atau menghinanya apabila kita menemui kelemahan dan kekurangannya. Mungkin ini adalah sebahagian ujian dari Allah untuk kita dalam menghargai setiap pemberianNya.

Dan yang paling besar dan tidak ternilai apabila kita menghargai Allah SWT. Menghargai dengan mengenalinya dengan lebih dekat, mencintaiNya setiap saat bernafas, mengingatiNya ketika susah dan senang, mencarinya tanpa tempat dan masa, dan mengabdikanNya erat dan utuh didalam jiwa.

Dan menghargai insan bernama Nabi Muhammad SAW yang berakhlak Al-Quran kalam Allah. Yang sentiasa mendahulukan umatnya walaupun pada saat akhir nafasnya menghembus kedunia. Sahabat pembaca, masih jelaskah kamu dengan erti menghargai ini? Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai. Dan Allah Maha Mengetahui.

Jadi,fikir-fikirkanlah..mungkin anda semua lebih suka dihargai,sebabnya terasa diri itu bermakna..TAPI makna menghargai orang itu lebih besar daripada dihargai orang..

Thanx sebab sudi MENGHARGAI apa yang saya tulis.. =)

10 seksaan terkejam dan mengerikan!!!!

ni kalau hukuman ini dijalankan di Malaysia,,,rasa2 nya adakah orang akah buat jenayah lagi??
kita tgk la dulu..


1)Ditanam Hidup-hidup

Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga sipil China.Tahukah korang berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!mai !..kejam siott..


2)Snake Pit

ini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Narapidana dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.


3)Cakar Sepanyol

Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.


4)Dihiris Perlahan Lahan

Ling Chi, diterjemahkan sebagai “lambat mengiris” atau “kematian yang masih tersisa” itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.


5)Dibakar

Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.


6)Necklacing

Hukuman ini banyak dilakukan di Afrika Selatan.Necklacing sayangnya masih sangat umum hari ini. Necklacing dimasukkan pada mangsa dan lengan, dan kemudian dibakar. Necklacing dasarnya menyebabkan tubuh akan berubah menjadi meleleh.


7)Dipijak Gajah

Di Asia Selatan dan Asia Tenggara,Gajah telah menjadi bentuk hukuman mati selama ribuan tahun.Haiwan in dilatih untuk melaksanakan dua cara. Perlahan-lahan, dalam cara yang berkepanjangan, menyiksa atau menghancurkan, yang menewaskan mangsa dengan sekelip mata.Pembunuhan dengan gajah ini berguna untuk mempertinggi rasa takut kepada rakyat jelata, membuktikan bahawa mereka bahkan memiliki kemampuan untuk mengendalikan binatang liar.


8)Guillotine

Guillotine adalah salah satu bentuk penyiksaan yang paling terkenal .Terdiri dari pisau tajam diikatkan pada tali, kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah bingkai dan kemudian pisau dijatuhkan dan menyebabkan orang yang dipenggal mati serta merta!




9)Digantung, ditusuk, dan dicincang

Hukuman ini biasanya dijalankan kepada seorang pengkhianat di Inggris.Mangsa akan digantung, ditarik dan dipotong-potong pada abad pertengahan.Hukuman ini telah dihapuskan pada tahun 1814.

Prosesnya hukuman ini dijalan :

a)Mangsa diseret pada bingkai kayu yang disebut rintangan ke tempat penyiksaan akan dijalankan.
b)Mangsa digantung dengan leher untuk waktu yang singkat sampai hampir mati.
c)Isi perut dan alat kelamin mangsa dibakar. Akhirnya, tubuh terbelah menjadi empat bahagian yang terpisah dan selepas itu kepala mangsa akan dipenggal!


10) The Brazen Bull

The Brazen Bull dikenali juga dengan Banteng Sisilia merupakan salah satu bentuk penyiksaan paling kejam.Dimulakan di Yunani kuno, kuningan padat dilemparkan ke dalam bentuk banteng kosong, dengan pintu di bahagian samping yang terbuka dan terkunci.

Untuk memulakan penyiksaan,Mangsa ditempatkan dalam banteng kuningan dan api telah dinyalakan dibawahnya. Api logam dipanaskan sampai benar-benar kuning, menyebabkan mangsa di kukus sampai mati.Banteng itu direka sedemikian rupa supaya jeritan mangsa akan terdengar sebagai sebuah muzik.


Okieh!!!sekarang,,ape pendapat anda??jikalau hukuman ni dijalankan di Malaysia??hahaha....saya rasela la kan,,takde dah la perempuan mengandung yand diragut,,or kes rogol or curi sekali pun...jadi,,apakata kita semua buat cadangan agar hukuman classic macam ni dijalankan di Malaysia??haha... pandai2 la anda pikirkan.. =)

Thursday 8 March 2012

15 Seksaan Meninggalkan Solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi ****** ke atasnya).

l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

l Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:

l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.

l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59)

Wednesday 30 November 2011

LAKNATLAH SEORANG YANG BERNAMA KAMAL ATATURK..


Salam sume..korang msti pnah dgr name ni kan..kalu korang belajar sejarah KBSM,,kompem korang tau nye kecuali korang tdo mase cikgu tgh mengajr kat depn..kali aku nk cter cket sape dye si gampang ni k..

IDEOLOGI KAMAL ATATURK DI TURKI


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.



Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.


Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.


Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.wallahualam.Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).



Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.



Apabila kita mula alpa serta terlampau mengikut acuan barat dalam kehidupan,kita akan mula lupa akan Yang Maha Esa.Sesungguhnya diri-NYA sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk diri kita namun kita saja tidak pernah menghargai..Kamal Ataturk menjadi bukti jelas untuk sama-sama kita jadikan pedoman dalam hidup akan balasan dunia yang menimpanya akibat dari terpesong dari agama..wallahualam

Sunday 27 November 2011

HUKUMAN BUAT PENGKHIANAT NEGARA YANG SANGAT SADIS!!!



Antara hukuman mati paling menyiksakan dan paling menakutkan pada zaman Dinasti Qing iaitu dinasti raja terakhir yang memerintah China adalah 'Maut Dengan Seribu Kelaran' atau pinyin atau lingchi atau sekarang ini diterjemahkan sebagai Ling Chi atau Leng T'che. Hukuman mati yang sangat mengerikan ini biasanya dijatuhkan kepada penjenayah yang didapati bersalah kerana mengkhianati negara.





Pesalah pada mulanya akan diarak keliling kota dalam sebuah koc khas yang ditarik oleh lembu atau kuda. Apabila sampai ke tempat hukuman dilaksanakan, pesalah akan diikat ke sebatang tiang dengan kedua-dua belah tangan dan kaki diikat ke belakang tiang tersebut.

Tiada sebarang hadangan kepada orang ramai untuk melihat perlaksanaan hukuman tersebut dari jarak dekat.

Kemudian, seorang petanda akan menanggalkan pakaian si pesalah. Dua atau tiga orang petanda lain yang sangat mahir dalam bab kelar-mengelar, akan menyediakan pisau hukuman mereka.

Dan selepas semuanya bersedia, maka bermulalah satu proses hukuman mati yang sangat menyeksakan buat si pesalah. Kelaran demi kelaran dibuat agar si pesalah mati dalam keadaan terseksa dan perlahan-lahan. Seorang petanda yang lain pula, akan mula melapah kulit dan daging pada bahagian-bahagian tertentu tubuh si pesalah dalam keadaan si pesalah sedar dan dapat melihat sendiri hukuman yang dilaksanakan ke atasnya.




Dalam beberapa kes, pesalah akan diberikan sedatif dalam bentuk candu. Candu itu akan diberikan atas dasar 'perikemanusiaan' atau pun untuk memastikan si pesalah tidak pengsan atau pitam ketika hukuman dilaksanakan ke atasnya. Hukuman tersebut akan dilaksanakan mengikut tiga peringkat iaitu dalam bentuk menjatuhkan maruah di khalayak umum, kematian yang sangat menyiksakan dan hukuman selepas kematian.

Setelah si pesalah meninggal dalam penuh kesengsaraan dan akibat kehilangan darah yang banyak, dengan menggunakan pisau sebelum itu digunakan untuk melapah kulit dan dagingnya serta 'seribu' kelaran yang lain, kepala si pesalah akan dipenggal!




Hukuman yang mengerikan ini bagaimanapun telah dimansuhkan pada tahun 1905 selepas ianya dimulakan pada tahun 900 Sebelum Masihi lagi.

Bayangkanlah kalau hukuman tersebut masih diamalkan dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkannya. Anda dapat bayangkan siapa yang akan terikat di pancang kayu itu dan sedang berkeriau kesakitan sambil cuba berbohong untuk menyelamatkan nyawanya walaupun seluruh tubuhnya sedang dilapah?

Tuesday 8 November 2011

manusia seperti binatang



tergamak manusia pengecut menganiaya binatang yang lemah tak mampu membela diri?
tak sangka manusia mampu berlagak tanpa akal seperti haiwan

erti dewasa

kepada sesiapa yang lahir pada tahun 1993, dengan ini saya isytiharkan, kami sudah dewasa!

apakah erti dewasa?

dewasa adalah apabila kita sedar dan bertanggungjawab atas segala perbuatan kita
dewasa adalah apabila kita mampu meletakkan keperluan orang lain lebih daripada keperluan diri sendiri
dewasa adalah apabila kita memiliki kebolehan menilai dan membuat keputusan sendiri
dewasa adalah apabila kita sanggup untuk mengaku kesalahan diri
dewasa adalah apabila kita mula memikirkan seangkah lebih jauh apabila membuat keputusan
dewasa adalah apabila kita matang daam menangani masalah

setiap manusia berbeza dan intrepretasi mereka tentang kedewasaan adaah mengikut cita rasa masing-masing. namun kita ada satu persamaan iaitu, kita semakin hari semakin menginjak usia tua. tiada satu pun manusia yang semakin hari mereka menjadi semakin muda. oleh itu, ingatlah kita bahawa semakin hari kita sepatutnya semakin dewasa dan bukannya semakin hari kita semakin berlagak seperti kanak-kanak hingusan..renung-renungkanlah~